Monday, January 16, 2017

Ahli Politik Sibuk Menumpang Populariti Anak Muda.

Ahli politik di Malaysia ini kebanyakannya (bukan semua,ada juga yang okay) haprak. Tiada jati diri, tiada rasa malu, tiada rasa bertanggungjawab kepada rakyat. Tak kira lah dari belah mana pun. Asalkan matlamatnya kaya memang habis juga lambat laun.

Ahli sukan bola sepak jaring 1 gol dapat pengiktirafan dunia terus dapat macam-macam imbuhan. Orang-orang politik yang dah x fofuler pun sibuk la nak bagi penghargaan sambil nak tumpang publisiti. 

Nak publisiti pergi la bagi sedekah kat orang-orang kerja kilang, bagi duit kat mat mat motor yg balik kerja, beli makanan daripada orang niaga tepi jalan lepas tu sedekah kat masjid. diorang ni pun perlukan bantuan jugak. Baru lah ahli politik berjiwa rakyat. 

Aku bukanlah rakyat Johor. Tapi rasanya memang perlu individu-individu seperti TMJ ni campur tangan. Harap-harap ahli-ahli kerabat negeri lain boleh mula bangkit perjuangkan negara yang makin tenat. Begitu juga 'jutawan; di Malaysia yang berjiwa rakyat.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataannya di laman Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini menggesa Tan Sri Annuar Musa supaya menjelaskan tentang tajaan pelaburan MARA dan UNIKL yang disifatkan beliau sebagai duit rakyat.

"UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat," dakwa TMJ.


Ikuti kenyataan penuh dari TMJ:

TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT

Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum.

Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu.

Selepas ini, saya akan suruh menteri yang pernah mabuk datang mengadap saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia siapa wanita yang berkerja di sebuah syarikat di Johor. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan menggangu saya.

Baiklah, untuk Tan sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa.

UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.

Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Berikut adalah gambar yang disertakan TMJ.








Budak graduan setengah mati usaha bayar hutang PTPTN, kredit kad. Ada yang sampai kena tarik kereta. Ada yang sampai jual tanah nak bayar hutang. Ada yang kena gout muda-muda. Menteri sesedap rasa je labur sana sini. Jadilah pengundi yang bijak. Pilih lah pemimpin yang semenggah sikit untuk tadbir negara ni. 


Pengalaman aku berjumpa individu berstatus datuk, datin, dato' , tan sri ni kebanyakannya poyo je lebih. sembang macam bagus. lagi kaya orang itu,lagi tinggi status dia, lagi berkira lah dia. Tapi yang betul-betul okay tu ada jugak. 1 dalam sejuta. setakat ni x jumpa lagi. hehehe..... 

Ada masalah minta lah dengan ALLAH. Mintalah dengan bersungguh dan sabar.

Anuar Fitri Chetak.
16 Januari 2017

Wednesday, December 21, 2016

Sayang Sangat Kome Kat Nabi Muhammad?

Bersempena bulan kelahiran junjungan besar kita ini, marilah kita sama-sama berfikir dan bermuhasabah. (Oh ye, muhasabah ni satu tabiat yang perlu kita amalkan setiap hari . Muhasabah ini bermaksud kmenilai diri sendiri. Kome tanya kome jawab sendiri pada diri sendiri. Dalam bahasa penjajah ia dipanggil Self Actualization.)

Kita selalunya tengok di kalangan masyarakat kita waktu ni la orang berselawat, berarak sebagai menunjukkan semangat cinta rasul. Ada juga yang buat majlis selawat perdana besar-besaran. pasang speaker supaya 1 taman dengar dan berselawat bersama-sama.

Tak dinafikan semua amalan itu bagus. cuma pada aku (Anuar Fitri), ini islah (memperbaik, memperingat ke arah Islam sesama saudara / umat Islam) sahaja. Adalah baiknya sekiranya aktiviti ini ditambah dengan memberi sedekah sambil berarak kepada ORANG-ORANG BELUM ISLAM sambil kita sampaikan sama ada secara bertulis atau lisan tentang kisah Nabi Muhammad S.A.W. dan perjuangan Nabi bersama para Sahabat supaya ORANG-ORANG BELUM ISLAM ini dari masa ke masa lebih faham dan kenal Nabi Muhammad S.A.W. Ini pun DAKWAH. Dakwah adalah membawa ORANG-ORANG BELUM kepada mengenali nilai-nilai ISLAM. Pada aku (Anuar Fitri), ini lebih bermanfaat dan lebih membantu usaha utama NAbi Muhammad S.A.W. diutus ke dunia ini iaitu menyebarkan agama ISLAM.

Sekarang mari kita bermuhasabah dengan soalan-soalan ini.

Sepanjang aku hidup berapa kali aku berniat nak jumpa Nabi Muhammad S.A.W.?

Sekiranya ada rezeki aku berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W., apakah status aku? Umat? Sahabat? Pewaris?

Apakah usaha yang aku dah buat yang boleh meletakkan aku dalam kelompok Sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang berjuang bertaruh nyawa, harta, masa, keluarga mambantu Rasulullah S.A.W. mengembangkan agama Islam?

Sejauh mana aku kenal Rasulullah? Macam mana Baginda Solat? Macam mana Baginda berkawan? Macam mana Baginda berkeluarga? Macam mana Baginda makan, minum, tidur? Siapa keluarga Baginda? Siapa isteri-isteri Baginda? Siapa anak-anak Baginda? Siapa cucu-cucu Baginda? Siapa 10 Sahabat Baginda yang dijamin syurga? 

Apakah usaha aku dalam mencari ilmu mengenal Rasulullah S.A.W.? 

Adakah aku dah bersedia mewariskan pengetahuan tentang Rasulullah S.A.W. aku kepada zuriat-zuriat aku supaya generasi selepas aku boleh meneruskan dan kembangkan Islam? 

Adakah zuriatku bersedia untuk mewariskan SUNNAH RASULULLAH kepada generasi seterusnya? 

Adakah aku dah usaha dan bersedia untuk berdakwah kepada ORANG-ORANG BELUM ISLAM? 

Apa yang aku faham dengan JIHAD, DAKWAH, ISLAH, TARBIAH?

Adakah aku kenal orang-orang yang berusaha menegakkan SUNNAH RASULULLAH?

Adakah aku faham betul-betul SUNNAH RASULULLAH? Berapa peratus yang aku dah amalkan?

Apa sumbangan aku dalam membantu JEMAAH MUJAHIDIN yang berjuang dengan KELEBIHAN MASING-MASING membangunkan NEGARA ISLAM?

Layakkah aku untuk mengiktirafkan diri sendiri SAYANG RASULULLAH dengan usaha-usaha aku?

Apakah pandangan Baginda Rasulullah S.A.W. pada aku sekarang ini sekiranya aku berhadapan dengan Baginda?

Apa yang boleh aku katakan kepada Baginda tentang keadaan umat Baginda sekarang dan usaha aku mengembangkan SUNNAH RASULULLAH?

Sama-samalah kita usaha dapatkan jawapan untuk diri sendiri setiap hari. Renungkan, carilah ilmu, amalkan sunnah dan sampaikan. Dakwah melalui teladan adalah dakwah terkuat yang kita patut usahakan supaya lebih ramai manusia dapat masuk ke syurga.

Yang baik itu daripada ALLAH S.W.T. 

Yang buruk itu daripada diri saya yang lemah.

Assalamualaikum.

Tuesday, December 20, 2016

Mejar Kamal Quote #14: Sumbangan Sosialisme

Facebook pada 6 Disember 2016 jam 12:25 tengah hari
Sosialisme dan kapitalisme ni dua-dua ciptaan Yahudi. 

Sosialisme ni nampak lebih kepada menjaga kebajikan manusia tetapi sayang sosialisme makin dilupakan. Mungkin sejarah perlaksaannya ganas terutama bertindak menentang agama..... 

Walau bagaimanapun sumbangannya terhadap kebajikan pekerja dan buruh amat besar..... 

ha ha ha, 

bagi kredit kat geng sosialis pulak....

Mejar Kamal Quote #13: Kenduri Tahlil Arwah

Facebook pada 6 Disember 2016 jam 12 tengah hari
Apasal bila ada kematian, keluarga si mati kena kenduri 3 hari.... 

Kalau orang kaya takpe le... bukan setakat 3 hari, sebulanpun takde hal.... 

Khairat kematian atau pihak masjid tak boleh ambil alih ke? 

Atau kita hapuskan saja budaya ni.... 

menyusahkan keluarga si mati aje....

Mejar Kamal Quote #12: Undang-Undang Jalan Raya di Malaysia dan peranan PTD

Facebook pada 6 Disember 2016 jam 9:51 pagi
Pihak kerajaan dah takde idea ke nak mengurangkan kemalangan jalanraya selain menaikkan denda? 

Mana bijak pandai pegawai kerajaan yang mempunyai ijazah bersusun-susun... 

belajar di merata dunia, 

master & phd.... 

setakat itu aje kome boleh pikio..... 

membazir duit kerajaan aje kome!

Mejarr Kamal Quote #11:Membazir dalam berkempen

Facebook pada 6 Disember 2016 jam 9:46 pagi
Boleh ke PRU/PRN/PRK kita ni dilaksanakan tanpa menggunakan poster? 

Dahlah membazir, mengotorkan.... 

Ku tengok mat salleh guna placard aje semasa ceramah macam pertandingan Akademi Fantasia..... 

ha ha ha

Mejar Kamal Quote #10: Donald Trump & Politik Dunia

Facebook pada 6 Disember 2016 jam 9:36 pagi
Pelbagai jawapan terhadap Donald Trump memenangi Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat...... 

Ada yang kata:

1. Rakyat Amerika belum bersedia menerima presiden perempuan
2. Rakyat Amerika dah jemu dengan puak elit
3. peranan akhbar yang terlalu berat sebelah
4. Soal perkauman dan agama masih laku di negara tersebut

Bagi aku, kehadiran Donald Trump lebih memeriahkan politik dunia... 

Banyak benda pelik yang memeningkan birokrasi Amerika Syarikat dia akan lakukan.... ha ha