Monday, January 16, 2017

Ahli Politik Sibuk Menumpang Populariti Anak Muda.

Ahli politik di Malaysia ini kebanyakannya (bukan semua,ada juga yang okay) haprak. Tiada jati diri, tiada rasa malu, tiada rasa bertanggungjawab kepada rakyat. Tak kira lah dari belah mana pun. Asalkan matlamatnya kaya memang habis juga lambat laun.

Ahli sukan bola sepak jaring 1 gol dapat pengiktirafan dunia terus dapat macam-macam imbuhan. Orang-orang politik yang dah x fofuler pun sibuk la nak bagi penghargaan sambil nak tumpang publisiti. 

Nak publisiti pergi la bagi sedekah kat orang-orang kerja kilang, bagi duit kat mat mat motor yg balik kerja, beli makanan daripada orang niaga tepi jalan lepas tu sedekah kat masjid. diorang ni pun perlukan bantuan jugak. Baru lah ahli politik berjiwa rakyat. 

Aku bukanlah rakyat Johor. Tapi rasanya memang perlu individu-individu seperti TMJ ni campur tangan. Harap-harap ahli-ahli kerabat negeri lain boleh mula bangkit perjuangkan negara yang makin tenat. Begitu juga 'jutawan; di Malaysia yang berjiwa rakyat.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataannya di laman Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini menggesa Tan Sri Annuar Musa supaya menjelaskan tentang tajaan pelaburan MARA dan UNIKL yang disifatkan beliau sebagai duit rakyat.

"UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat," dakwa TMJ.


Ikuti kenyataan penuh dari TMJ:

TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT

Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum.

Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu.

Selepas ini, saya akan suruh menteri yang pernah mabuk datang mengadap saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia siapa wanita yang berkerja di sebuah syarikat di Johor. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan menggangu saya.

Baiklah, untuk Tan sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa.

UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.

Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Berikut adalah gambar yang disertakan TMJ.








Budak graduan setengah mati usaha bayar hutang PTPTN, kredit kad. Ada yang sampai kena tarik kereta. Ada yang sampai jual tanah nak bayar hutang. Ada yang kena gout muda-muda. Menteri sesedap rasa je labur sana sini. Jadilah pengundi yang bijak. Pilih lah pemimpin yang semenggah sikit untuk tadbir negara ni. 


Pengalaman aku berjumpa individu berstatus datuk, datin, dato' , tan sri ni kebanyakannya poyo je lebih. sembang macam bagus. lagi kaya orang itu,lagi tinggi status dia, lagi berkira lah dia. Tapi yang betul-betul okay tu ada jugak. 1 dalam sejuta. setakat ni x jumpa lagi. hehehe..... 

Ada masalah minta lah dengan ALLAH. Mintalah dengan bersungguh dan sabar.

Anuar Fitri Chetak.
16 Januari 2017