Bersempena bulan kelahiran junjungan besar kita ini, marilah kita sama-sama berfikir dan bermuhasabah. (Oh ye, muhasabah ni satu tabiat yang perlu kita amalkan setiap hari . Muhasabah ini bermaksud kmenilai diri sendiri. Kome tanya kome jawab sendiri pada diri sendiri. Dalam bahasa penjajah ia dipanggil Self Actualization.)
Kita selalunya tengok di kalangan masyarakat kita waktu ni la orang berselawat, berarak sebagai menunjukkan semangat cinta rasul. Ada juga yang buat majlis selawat perdana besar-besaran. pasang speaker supaya 1 taman dengar dan berselawat bersama-sama.
Tak dinafikan semua amalan itu bagus. cuma pada aku (Anuar Fitri), ini islah (memperbaik, memperingat ke arah Islam sesama saudara / umat Islam) sahaja. Adalah baiknya sekiranya aktiviti ini ditambah dengan memberi sedekah sambil berarak kepada ORANG-ORANG BELUM ISLAM sambil kita sampaikan sama ada secara bertulis atau lisan tentang kisah Nabi Muhammad S.A.W. dan perjuangan Nabi bersama para Sahabat supaya ORANG-ORANG BELUM ISLAM ini dari masa ke masa lebih faham dan kenal Nabi Muhammad S.A.W. Ini pun DAKWAH. Dakwah adalah membawa ORANG-ORANG BELUM kepada mengenali nilai-nilai ISLAM. Pada aku (Anuar Fitri), ini lebih bermanfaat dan lebih membantu usaha utama NAbi Muhammad S.A.W. diutus ke dunia ini iaitu menyebarkan agama ISLAM.
Sekarang mari kita bermuhasabah dengan soalan-soalan ini.
Sepanjang aku hidup berapa kali aku berniat nak jumpa Nabi Muhammad S.A.W.?
Sekiranya ada rezeki aku berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W., apakah status aku? Umat? Sahabat? Pewaris?
Apakah usaha yang aku dah buat yang boleh meletakkan aku dalam kelompok Sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang berjuang bertaruh nyawa, harta, masa, keluarga mambantu Rasulullah S.A.W. mengembangkan agama Islam?
Sejauh mana aku kenal Rasulullah? Macam mana Baginda Solat? Macam mana Baginda berkawan? Macam mana Baginda berkeluarga? Macam mana Baginda makan, minum, tidur? Siapa keluarga Baginda? Siapa isteri-isteri Baginda? Siapa anak-anak Baginda? Siapa cucu-cucu Baginda? Siapa 10 Sahabat Baginda yang dijamin syurga?
Apakah usaha aku dalam mencari ilmu mengenal Rasulullah S.A.W.?
Adakah aku dah bersedia mewariskan pengetahuan tentang Rasulullah S.A.W. aku kepada zuriat-zuriat aku supaya generasi selepas aku boleh meneruskan dan kembangkan Islam?
Adakah zuriatku bersedia untuk mewariskan SUNNAH RASULULLAH kepada generasi seterusnya?
Adakah aku dah usaha dan bersedia untuk berdakwah kepada ORANG-ORANG BELUM ISLAM?
Apa yang aku faham dengan JIHAD, DAKWAH, ISLAH, TARBIAH?
Adakah aku kenal orang-orang yang berusaha menegakkan SUNNAH RASULULLAH?
Adakah aku faham betul-betul SUNNAH RASULULLAH? Berapa peratus yang aku dah amalkan?
Apa sumbangan aku dalam membantu JEMAAH MUJAHIDIN yang berjuang dengan KELEBIHAN MASING-MASING membangunkan NEGARA ISLAM?
Layakkah aku untuk mengiktirafkan diri sendiri SAYANG RASULULLAH dengan usaha-usaha aku?
Apakah pandangan Baginda Rasulullah S.A.W. pada aku sekarang ini sekiranya aku berhadapan dengan Baginda?
Apa yang boleh aku katakan kepada Baginda tentang keadaan umat Baginda sekarang dan usaha aku mengembangkan SUNNAH RASULULLAH?
Sama-samalah kita usaha dapatkan jawapan untuk diri sendiri setiap hari. Renungkan, carilah ilmu, amalkan sunnah dan sampaikan. Dakwah melalui teladan adalah dakwah terkuat yang kita patut usahakan supaya lebih ramai manusia dapat masuk ke syurga.
Yang baik itu daripada ALLAH S.W.T.
Yang buruk itu daripada diri saya yang lemah.
Assalamualaikum.